LRT di Kuala Lumpur
Salam Sejahtera semua.
LRT atau sistem Transit Aliran Ringan disediakan dan dikendalikan oleh Prasarana Sdn. Bhd. Pada masa ini terdapat dua laluan LRT iaitu Laluan Kelana Jaya, yang beroperasi daripada Gombak sehingga Kelana Jaya dan Laluan Ampang, yang beroperasi dari Sentul Timur sehingga Ampang dan Bandar Puteri.
Selain daripada itu, Prasarana sedang melengkapkan pembinaan bagi dua projek pembangunan utama:
- Projek Sambungan Laluan Kelana Jaya akan melibatkan pemanjangan laluan sehingga merentasi 13 stesen baru, termasuk Ara Damansara, Subang Jaya dan USJ sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights, di mana ia akan berhubung dengan projek sambungan Laluan Ampang. Pengguna dijangka akan dapat menikmati sambungan Laluan Kelana Jaya pada suku pertama 2016.
- Projek Sambungan Laluan Ampang akan memanjangkan laluan sehingga merentasi 12 stesen baru, bermula dari Stesen Sri Petaling dan merentasi Kinrara serta Bandar Puteri, Puchong sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights. Sambungan tersebut dijangka siap pada suku pertama 2016.
Perancangan seterusnya bagi agenda LRT adalah pembinaan dan penyempurnaan LRT3, iaitu laluan LRT baru yang akan beroperasi dari Bandar Utama sehingga Johan Setia, Klang. Permasalahan berkaitan pemetaan laluan dan isu-isu pra-pembangunan sedang diperbincangkan.
Comments
Post a Comment