Peminat Badminton

Salam sejahtera semua.

Sejak kecil, saya amat suka dalam bilang sukan dan permainan. Permainan yang saya sentiasa bermain dengan kawan-kawan saya adalah badminton dan bolasepak. Setelah melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, saya bercemerlang dalam badminton dan bola tampar sambil mewakili sekolah pada peringkat daerah. Oleh kerana kejayaan sekolah kami menjadi naik johan bola tampar dalam negeri Selangor, saya dapat di pilih untuk mewakili negeri kita di MSSM. Betapa leganya dapat pergi ke Kuantan untuk bermain melawan dengan negeri yang lain. Walaupun team kami dikalahkan oleh Sarawak dalam pusingan suku-akhir, saya amat berpuas dan tidak lupa suasana pada hari itu.

Saya ingin kongsikan bahawa bukan senangnya untuk membahagikan pelajaran dan menjalani latihan semasa di sekolah. Bayangkan, kami mesti berlatih tiga hingga lima kali seminggu pada setiap petang dan juga kena mengambil tuition. Ini perlu kegigihan dan planning yang betul supaya kepentingan pelajaran dan sukan di jaga.

Selepas sekolah, saya masih bermain kedua permainan ini untuk Syarikat Bank saya dimana ini adalah kerja pertama saya. Kami amat berjaya dalam kejohanan permainan badminton dan bola tampar antara Bank Bank di daerah Klang dimana kami telah menjadi johan.

Walau pun usia sudah meningkat, saya masih bermain sebagai sosial di kalangan Company yang saya kerja sekarang iaitu Barry Callebaut, sebuah kilang coklat. Lepas main, kami akan hangout dekat mamak untuk teh tarik dan makan.













Comments

Popular posts from this blog

SMK Tinggi Klang, sekolah saya

LRT di Kuala Lumpur

Tempat tempat melancong Malaysia