Tempat tempat melancong Malaysia

Salam sejahtera semua.


1. THE SHOREA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Salah satu tempat percutian yang menarik di Malaysia dalam senarai kami adalah The Shores. Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan, perkara pertama yang muncul di kepala adalah Pantai Port Dickson. Tidak dinafikan kerana Port Dickson merupakan pantai peranginan yang paling dekat dengan Kuala Lumpur. The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh sebuah artkitek yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai tempat percutian peribadi untuk keluarganya.





2. BUKIT TINGGI, PAHANG

Bukit tinggi Pahang terletak di Bentong Pahang, ala kalau orang pantai timur memang akan tahu pasal Bukit Tinggi ni kerana kalau melalui lebuhraya Karak korang akan nampak papan iklan yang menunjukkan arah ke Bukit Tinggi, Pahang. Ia merupakan lokasi yang unik dan menarik kerana kat Bukit Tinggi terdapat bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti bangunan di negara beriklim sejuk di Eropah.

3. TANAH TINGGI KUNDASANG, SABAH

Tahukah korang, di Malaysia ada satu tempat di Sabah yang sama seperti New Zealand. Dengan iklim suhu tanah tinggi yang sejuk, Tanah Tinggi Kundasang  terletak di kaki Gunung Kinabalu yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan menyegarkan. Cuaca kat sini pon agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini macam senibina ladang ternakan di negara Eropah dan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.


4. THE CARPEDIA, PAYA RUMPUT, MELAKA

Jika anda sudah biasa dengan hotel berwarna-warni di Brighton Beach di Melbourne, anda perlu mencuba hotel ini di Melaka. Terletak di Paya Rumput, Melaka hotel butik ini di Masbro Village menggunakan hiasan luaran yang berwarna-warni. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne.




5. EAGLE RANCH RESORT, NEGERI SEMBILAN


Saya telah tinggal di Port Dickson hampir dua tahun dan bagi saya Port Dickson memang salah satu tempat percutian yang amat menarik di Malaysia. Tapi, tahukah korang terdapat resort yang bertemakan Cowboy di Port Dickson ini. Eagle Ranch antara destinasi pelancongan yang menawarkan penginapan dan aktiviti ala-ala cowboy dan ianya amat sesuai dengan iklim Malaysia yang panas. Terletak berdekatan dengan Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang, Eagle Ranch memberikan pengalaman yang berbeza dengan keluasan 32 Hektar di panti Port Dickson.


6. VILLA DANIALLA, KELANTAN

Negeri Kelantan yang terkenal dengan keunikan bahasa, makanan yang sedap dan tempat bebas cukai menjadi tumpuan pelancong untuk melawat kelantan. Selain daripada itu negeri Kelantan sememangnya sinonim dengan masakan yang sedap tetapi sedikit manis.


7. SIPADAN WATER VILLAGE, SABAH

Wah, Sabah memang sangat cantik dan memang salah satu destinasi pilihan kami di Malaysia. Sabah memang banyak pulau-pulau yang cantik yang wajib ada dalam senarai. Sekiranya nak tengok rumah terapung diatas laut, korang boleh cuba melawat Sipadan Water Village.


8. TERRAPURI HERITAGE VILLAGE, TERENGGANU

Terrapuri (Land Of Palaces) adalah projek pemuliharaan dan pemulihan Terengganu dengan Ciri-cirinya rumah lama berusia beratus tahun. Susun atur resort ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 dan sekitarnya. Terrapuri terdiri daripada 20 vila yang dipulihkan eksklusif, galeri dan rumah pantai.


9. BELUM ECO RESORT, PERAK

Belum Eco Resort adalah salah satu daripada 100 buah pulau yang terletak di Tasik Belum, Perak – yang terletak berhampiran Taman Negara Royal Belum yang terkenal di dunia. Belum Eco Resort adalah resort yang dibina di atas pulau kecil di tengah-tengah Tasik Belum dan disekelilingi hutan simpan Belum.


10. SEAVENTURES DIVES RESORT, SABAH

Jika korang sukakan aktiviti “Scuba Diving”, Seaventures Dives Resort Sabah ini merupakan salah satu destinasi percutian yang patut korang lawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah berdekatan dengan Sipadan, Sea Venture Dives Resort adalah bekas pelantar minyak yang diubah menjadi sebuah resort “Dive Rig”.

Comments

Popular posts from this blog

SMK Tinggi Klang, sekolah saya

LRT di Kuala Lumpur

Komputer kuliah di UKM