Tips tips membeli sebuah kereta terpakai
Salam Sejahtera semua,
Semasa membeli sebuah kereta terpakai, kita mesti berhati hati memilih nya supaya tidak di tipu dan mengelakkan daripada kos untuk membaiki kereta. Di bawah sini, saya memberi sedikit tip tips untuk cara memilih sebuah kereta terpakai supaya kita berpuas hati dengan kereta yang dibeli.
Tip pertama: kenal pasti tahun / model kereta
Kalau orang yang pakar dan peka berkenaan kereta, mereka boleh tahu bila kereta tersebut dikeluarkan dengan melihat nombor plat kereta. Cuba tanya mereka, tahun berapa sesebuah kereta kalau nombor plat W #### E. Tapi kalau model kereta perlu lihat kepada kenderaan tersebut. Sebagai contoh, kereta persona baharu memiliki bentuk yang berbeza daripada keluaran tahun 2007. Sudah tentu setiap model yang dinaiktaraf akan ada perubahan namun terpulang kepada keselesaan individu masing-masing.
Tip kedua: melihat kondisi dalam kereta
Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik daripada kereta yang sudah ditukarkan ke warna yang lain. Sekiranya masih menggunakan warna cat asal bermaksud kereta tersebut selamat daripada sebarang kemalangan dan sebagainya. Selepas kemalangan pasti akan dicat semula untuk kereta tersebut kelihatan baharu dan cantik. Jangan terpedaya dengan kilatnya kereta. Warna asal kereta boleh semak dalam geran.

Buka pendingin hawa kereta dan pastikan sejuk. Malaysia ini panas, kalau beli kereta pendingin hawa rosak tidak guna juga. Hahaha. Pastikan suis cermin berfungsi dengan baik. Cuba untuk buka dan tutup dan buka balik kemudian tutup. Takut-takut cubaan pertama selamat, cubaan kedua buka tingkap terus stuck. Hahaha.
Kepada yang jenis suka dengar radio dan buat konsert dalam kereta, pastikan radio berfungsi dengan baik. Signal radio clear. Sekiranya ada USB port, pastikan port tersebut berfungsi. Kalau ada bluetooth, buka dan cuba untuk hubungkannya. Mana tahu tidak ‘function’.
Kemudian, cuba hidupkan enjin. Kalau dashboard bergegar serupa mesin kisar kelapa, kita lupakan. Pergilah cari kereta lain mahupun tempat lain yang menjual model/jenis kereta yang sama. Cuba untuk buka bonet depan, bonet belakang dan juga tempat isi minyak. Pastikan semua punat berfungsi dengan baik.
Periksa dalam bonet belakang, tayar spare, barang-barang kecemasan dalam kenderaan masih disimpan elok ataupun tidak. Dan … dan … dan … Paling penting ialah kunci keselamatan untuk keempat-empat pintu kalau ada empat pintulah. Pastikan semua kunci berfungsi dan memberi tindak balas dengan pintu utama. Takut kita guna, kita kunci pintu di bahagian pemandu tapi pintu belakang masih boleh dibuka dari dalam dan luar. Bahaya jika ada kanak-kanak dan bahaya untuk keselamatan bagi mereka yang bawa kereta bersendirian. Rasa sudah selamat duduk dalam kereta dan sudah berkunci. Bag letak tepi tapi orang boleh buka dari luar dan selamat lah bag kita diambil orang.
Tip ketiga: periksa bahagian engin
Periksa tali aircond dan semua tali yang ada. Pastikan tidak ada kesan pecah atau kesan-kesan yang tidak diingini. Selepas periksa semua komponen di bahagian enjin, kita cuba hidupkan enjin. Andai kata, tiba-tiba gigih berusaha hidupkan dan perlukan kesabaran maka lupakanlah. Jangan lah percaya kalau tuan kedai atau apa-apa kata begini ‘Semalam elok, okey saja saya hidupkan.’ Hahaha. Tipuuuuu!!!!
Tip keempat: mileage
Perlu periksa mileage ini untuk mengetahui sejauh mana kereta tersebut dibawa dan sekerap mana kereta tersebut digunakan. Ada kereta yang telah digunakan selama tiga tahun namun mileage baru 30, 000. Ini bermakna kereta tersebut jarang digunakan atau digunakan cuma dalam jarak dekat. Sebagai contoh, duduk di Klang. Lokasi kerja di Shah Alam. Guna untuk buat pergi dan balik kerja semata. Jadi, boleh dikatakan kereta masih baru walaupun sudah lama digunakan. Sama macam kereta persona yang parents hadiahkan pada Fiqqq sebab berjaya mendapatkan diploma. Kereta sudah tiga tahun namun keadaan kereta masih baru. Seolah-olah beli kereta baharu.
Tip kelima: body kereta
Pastikan body kereta dalam keadaan baik. Tidak ada kemik sana dan kemik sini. Walaupun sedikit kemik tu kalau boleh elakkan. Kita nak keluar duit beribu, bukan seringgit dua. Jadi, carilah yang elok sikit. Sudahlah kita keluar duit untuk membeli kereta, nanti perlu keluar duit extra untuk betulkan kemik yang sikit tu. Tak patut … tak patut. Periksa depan, belakang, bahagian sisi dan tidak lupa bahagian atas kereta. Mana tahu pernah tersagat pokok atau apa-apa. Siapa tahu. Huhuhu.
Tip keenam: test drive
Apabila sudah berpuas hati melihat kondisi kereta yang ingin kita beli, jangan terus beli. Minta kunci kereta dan pandu uji kereta terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi kereta yang mencecah mileage 100++k km/h. Almaklumlah, adakalanya semua kelihatan cantik di mata tetapi apabila kita pandu uji macam-macam bunyi yang terhasil. Semasa pandu uji, peka dengan kondisi kereta. Mungkin ada bunyi yang tidak sepaptutnya ada di enjin, gearbox dan sebagainya.
Tip ketujuh: kenal "pemilik" atau "sebab"menjual kereta
Walaupun dengar agak renyah atau remeh berkenaan dengan tip ini namun perlu tahu siapa ‘pemilik’ kereta yang ingin kita beli. Dengan mengenali personaliti pemilik kenderaan, kita boleh agak cara mereka jaga kenderaan mereka. Sama ada pemilik jenis pembersih dan akan menjaga rapi kereta atau jenis lasak. Bukan apa, ada kalanya, kereta masih nampak baharu walaupun sudah 5 tahun guna kerena pemilik pandai jaga kereta. Kalau kita lihat kondisi dalam kereta, kita akan nampak sendiri bahawa kereta memang dijaga rapi.
Almaklumlah, kita kalau beli kenderaan yang boleh pakai lama dan menjimatkan. Takut-takut waktu membeli semua cantik semua dalam keadaan baik. Selepas pakai beberapa bulan, kesan ganti-ganti barang daripada kemalangan mula membuahkan hasil dan kita terpaksa keluar duit untuk membaiki. Dahhhh jadi satu hal. Kalau boleh, elakkan.
Comments
Post a Comment